Assalammualaikum dan salam
sejahtera.
Dari pemerhatian Usop sebagai Perunding Unit Amanah (Unit Trust Consultant), Usop dapat pelajari satu
cara mudah untuk kita merancang kewangan kita. Banyak panduan yang boleh digunakan
dan ianya terbukti berjaya.
Usop percaya ramai rakan-rakan
yang sudah memulakan satu tabung simpanan kewangan. Cuma simpanan ini boleh
kategori kepada dua (2) iaitu Simpanan
Jangka Masa Pendek dan Simpanan
Jangka Masa Panjang. Dalam perkongsian kali ini Usop fokus kepada Simpanan
Jangka Masa Panjang.
Simpanan Jangka Masa Panjang (Long Term Investment Saving) biasanya
adalah satu simpanan berbentuk pelaburan yang dapat memberi pulangan (Dividen).
Simpanan ini biasanya akan digunakan bagi tempoh minima dalam 10 Tahun yang
akan datang. Ada diantara pelabur (investor) yang tidak berapa faham apa yang
boleh diperolehi dan bagaimana untuk menggandakan simpanan tersebut.
Tindakan anda memulakan satu Simpanan Jangka Masa Panjang (Long Term
Investment Saving) adalah satu langkah yang betul dan memberi manfaat yang
sangat lumayan. Di Malaysia terdapat banyak tempat yang boleh anda memulakan
dan membuat simpanan jangka masa panjang contoh seperti
·
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
·
Amanah Harta Bumiputera
·
Syarikat Koperasi
·
Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP)
·
Tabung Haji
·
Syarikat Unit Amanah
·
Pelaburan Tunai Tetap (Fixed Deposit)
Hari ini Usop akan kongsi
bersama rakan-rakan bagaimana untuk menggunakan formula “Rules Of 72”. Formula
ini sebenarnya dapat memberi tahu kepada rakan-rakan bilakah atau berapa lama
masa yang diambil untuk menggandakan wang simpanan anda. Contoh Sekiranya hari
ini dalam simapanan anda ada sebayak RM100,000 , berapa lama masa yang
diperlukan untuk menggandakan wang tersebut menjadi RM200,000. Formula hanya
boleh digunakan ditempat simpanan yang memberikan pulangan (Dividen) sahaja.
Rules Of 72 :
72
|
|
___________
|
= Tempoh Tahun Yang diperlukan Untuk Menggandakan
Simpanan
|
Kadar Pulang
Dividen Tahunan
|
Contoh Pengiraan (Kadar
Pulangan Dividen Tahunan 3%) :
72
|
|
___________
|
= 24 Tahun Tempoh Yang diperlukan Untuk Menggandakan Simpanan.
|
3
|
(Tahun 2019 = RM100,000 > Tahun 2043 =RM200,000)
|
Contoh Pengiraan (Kadar
Pulangan Dividen Tahunan 6%) :
72
|
|
___________
|
= 12 Tahun Tempoh Yang diperlukan Untuk Menggandakan Simpanan.
|
6
|
(Tahun 2019 = RM100,000 > Tahun 2031 =RM200,000)
|
Contoh Pengiraan (Kadar Pulangan Dividen Tahunan 9%)
:
72
|
|
___________
|
= 8 Tahun TempohYang diperlukan Untuk Menggandakan Simpanan.
|
9
|
(Tahun 2019 = RM100,000 > Tahun 2027 =RM200,000)
|
Faktor peratus kadar pulangan
(Dividen) mempengaruhi berapa lama tempoh yang diperlukan untuk menggandakan
simpanan kewangan anda. Usop mencadangkan rakan-rakan bahagikan (Diversify)
simpanan anda kepada 2 atau 3 tempat. Rakan-rakan akan perolehi pulangan yang
lebih tinggi dan dapat mengurangkan tempoh tahun yang diperlukan untuk
menggandakan simpanan anda.
Disini Usop kongsikan dua (2 )
faedah yang anda boleh dapat berdasarkan Simpanan
Jangka Masa Panjang (Long Term Investment Saving)
Ø Tabung
Persaraan (Retirement Plan).
Ø Tabung
Pendidikan untuk anak-anak (Education
Plan).
InsyaAllah Usop akan kongsikan
secara lebih terperinci mengenai dua (2) faeah itu didalam tulisan yang akan
datang. Terima kasih kerana sudi baca perkongsian ini, jika terdapat kesalahan
ayat dalam tulisan Usop harap dimaafkan.
Sebarang pertanyaan mengenai Unit Amanah (Unit Trust) boleh
berhubung dengan Usop di nombor 0139661503.
Simapanan Unit Amanah (Unit Trust) boleh dibuat melalui tiga (3) kaedah iaitu
1.
Melalui Akaun 1.
2. Simpanan Bulanan Potongan Terus Dari Bank (Direct
Debit Investment) – Minima Rm100 Sebulan.
3.
Simpanan Secara Pukal (Lump Sum Investment)
YUSUF
THAJOODIN
0139661503
PERUNDING
UNIT AMANAH