Thursday, 28 February 2019

Bagaimanakah Cara Mengetahui Tempoh Yang Diperlukan Untuk Menggandakan Duit Simpanan Anda Dengan Menggunakan Formula “RULES OF 72”.





Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dari pemerhatian Usop sebagai Perunding Unit Amanah (Unit Trust Consultant), Usop dapat pelajari satu cara mudah untuk kita merancang kewangan kita. Banyak panduan yang boleh digunakan dan ianya terbukti berjaya.

Usop percaya ramai rakan-rakan yang sudah memulakan satu tabung simpanan kewangan. Cuma simpanan ini boleh kategori kepada dua (2) iaitu Simpanan Jangka Masa Pendek dan Simpanan Jangka Masa Panjang. Dalam perkongsian kali ini Usop fokus kepada Simpanan Jangka Masa Panjang.

Simpanan Jangka Masa Panjang (Long Term Investment Saving) biasanya adalah satu simpanan berbentuk pelaburan yang dapat memberi pulangan (Dividen). Simpanan ini biasanya akan digunakan bagi tempoh minima dalam 10 Tahun yang akan datang. Ada diantara pelabur (investor) yang tidak berapa faham apa yang boleh diperolehi dan bagaimana untuk menggandakan simpanan tersebut.

Tindakan anda memulakan satu Simpanan Jangka Masa Panjang (Long Term Investment Saving) adalah satu langkah yang betul dan memberi manfaat yang sangat lumayan. Di Malaysia terdapat banyak tempat yang boleh anda memulakan dan membuat simpanan jangka masa panjang contoh seperti

·         Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
·         Amanah Harta Bumiputera
·         Syarikat Koperasi
·         Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP)
·         Tabung Haji
·         Syarikat Unit Amanah
·         Pelaburan Tunai Tetap (Fixed Deposit)

Hari ini Usop akan kongsi bersama rakan-rakan bagaimana untuk menggunakan formula “Rules Of 72”. Formula ini sebenarnya dapat memberi tahu kepada rakan-rakan bilakah atau berapa lama masa yang diambil untuk menggandakan wang simpanan anda. Contoh Sekiranya hari ini dalam simapanan anda ada sebayak RM100,000 , berapa lama masa yang diperlukan untuk menggandakan wang tersebut menjadi RM200,000. Formula hanya boleh digunakan ditempat simpanan yang memberikan pulangan (Dividen) sahaja.

Rules Of 72 :

72

___________

= Tempoh Tahun Yang diperlukan Untuk Menggandakan Simpanan
Kadar Pulang Dividen Tahunan



Contoh Pengiraan (Kadar Pulangan Dividen Tahunan 3%)  :

               
72

___________

=  24 Tahun Tempoh Yang diperlukan Untuk Menggandakan Simpanan.
3
(Tahun 2019 = RM100,000 > Tahun 2043 =RM200,000)


Contoh Pengiraan (Kadar Pulangan Dividen Tahunan 6%)  :

               
72

___________

= 12 Tahun Tempoh Yang diperlukan Untuk Menggandakan Simpanan.
6
(Tahun 2019 = RM100,000 > Tahun 2031 =RM200,000)



Contoh Pengiraan (Kadar Pulangan Dividen Tahunan 9%)  :

               
72

___________

=  8 Tahun TempohYang diperlukan Untuk Menggandakan Simpanan.
9
(Tahun 2019 = RM100,000 > Tahun 2027 =RM200,000)



Faktor peratus kadar pulangan (Dividen) mempengaruhi berapa lama tempoh yang diperlukan untuk menggandakan simpanan kewangan anda. Usop mencadangkan rakan-rakan bahagikan (Diversify) simpanan anda kepada 2 atau 3 tempat. Rakan-rakan akan perolehi pulangan yang lebih tinggi dan dapat mengurangkan tempoh tahun yang diperlukan untuk menggandakan simpanan anda.

Disini Usop kongsikan dua (2 ) faedah yang anda boleh dapat berdasarkan Simpanan Jangka Masa Panjang (Long Term Investment Saving)
               
Ø  Tabung Persaraan (Retirement Plan).
Ø  Tabung Pendidikan untuk anak-anak (Education Plan).

InsyaAllah Usop akan kongsikan secara lebih terperinci mengenai dua (2) faeah itu didalam tulisan yang akan datang. Terima kasih kerana sudi baca perkongsian ini, jika terdapat kesalahan ayat dalam tulisan Usop harap dimaafkan.

Sebarang pertanyaan mengenai Unit Amanah (Unit Trust) boleh berhubung dengan Usop di nombor 0139661503.

Simapanan Unit Amanah (Unit Trust) boleh dibuat melalui tiga (3) kaedah iaitu

1.      Melalui Akaun 1.

2.  Simpanan Bulanan Potongan Terus Dari Bank (Direct Debit Investment) – Minima Rm100 Sebulan.

3.      Simpanan Secara Pukal (Lump Sum Investment)


YUSUF THAJOODIN
0139661503
PERUNDING UNIT AMANAH



Saturday, 16 February 2019

KWSP umum dividen 6.15% untuk kovensional dan 5.9% shariah



KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja mengumumkan dividen 6.15% bagi simpanan konvensional dan 5.9% bagi simpanan syariah untuk tahun 2018, kata tabung itu dalam satu kenyataan.
Keseluruhan dividen yang perlu dibayar berjumlah RM47.31 bilion, dengan RM4.32 bilion untuk simpanan syariah.

Sunday, 20 January 2019

Kenali Akaun 1 Anda

KEGUNAAN AKAUN 1 KW$P YANG SEBENAR!!!



Tadi saya ada baca satu artikel mengenai pihak KW$P akan selaraskan jumlah caruman untuk gaji minima sebanyak RM264. Iaitu sebayak RM121(11%) dari syer pekerja dan RM153(13%) dari syer majikan. Untuk Pembahagian kepada Akaun 1 dan Akaun 2, daripada jumlah caruman RM264 tersebut 70% akan dimasukkan di dalam Akaun 1 (RM184.80) dan Akaun 2 (RM79.20).

Seperti yg sedia maklum Akaun 1 tidak boleh dikeluarkan sehingga pencarum mencapai umur 55 tahun ini kerana Akaun 1 ini dikhaskan sebagai Akaun Pencen kepada pencarum selepas usia 55 tahun nanti. Akaun 2 pula dibenarkan dibuat pengeluaran seperti membayar PTPTN,deposit pembelian rumah,pembayaran yuran pengajian dan lain-lain mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Hari ini saya nak kongsikan beberapa kiraan kepada pencarum KW$P bagaimana boleh mewujudkan duit pencen dari Akaun 1. Ini cuma kiraan yang saya buat secara ringkas. Boleh rujuk kepada Draf yang tuliskan dalam lampiran yang saya sertakan.

saya andaikan seseorang bernama YUSUF THAJOODIN mula bekerja pada usia 25 tahun dengan menerima kadar gaji minima sebanyak RM1,100. YUSUF THAJOODIN bekerja di salah satu syarikat di Seremban sehingga beliau berusia 55 tahun. Jadi perkhidmatan beliau di syarikat tersebut selama 30 tahun.

saya andaikan juga, pada usia beliau 35 tahun gaji telah dinaikkan kepada RM2,000. Disini mengikut kiraan sebanyak RM336 dicarumkan kedalam Akaun 1. Peningkatan gaji tersebut berlaku sehingga umur beliau 50 tahun dengan memperolehi sebanyak RM3,500 sebulan. sila rujuk lampiran yang saya sediakan.

Dengan menggunakan kiraan secara Componded Interest pada kadar 6% dividen, semasa penghujung tahun umur YUSUF THAJOODIN 55 tahun di dalam Akaun 1 beliau memiliki sebanyak RM299,123. YUSUF THAJOODIN membuat keputusan untuk berhenti bekerja dan menggunakan duit daripada Akaun 1 beliau untuk meneruskan kehidupan.

Dengan jumlah tersebut beliau boleh memperolehi sebanyak RM1495.62 sebulan sebagai duit PENCEN(dividen) beliau dengan syarat beliau tidak mengeluarkan wang berjumlah RM299,123 didalam Akaun 1 tersebut.


Inilah sebenarnya kegunaan duit didalam Akaun 1, tetapi kebanyakkan pencarum-pencarum akan mengeluarkan kesemua wang tersebut untuk dibelanjakan. Pernah terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa purata duit KW$P pencarum yang mengeluarkan kesemua wang tersebut hanya mampu bertahan 3 hingga 5 tahun. Pernahkah kita terfikir bagaimana untuk mendapat pendapatan selepas 5 tahun tersebut?.

Saya mencadangkan 2 kaedah yang boleh dibuat oleh setiap pencarum KW$P iaitu dengan mengalihkan sebanyak 30% daripada jumlah KELAYAKAN BAKI MINIMA ke Simpanan Pelaburan Unit Amanah ataupun membuat simpanan serendah RM100 sebulan.

kelebihan kaedah ini, anda boleh mewujudkan Tabung Pencen dan tidak perlu risau lagi sekiranya anda mengeluarkan kesemua jumlah wang didalam KW$P. Insyallah saya akan kongsikan selepas ini bagaimana untuk membina Akaun Pencen di Unit Amanah.

Jika tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan ataupun ingin membuat semakan KELAYAKAN BAKI MINIMA, tuan/puan boleh hubungi saya.

YUSUF THAJOODIN
0139661503
Unit Trust Consultant



Artikel rujukan :
ttps://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/12/505938/kwsp-selaras-caruman-minimum-pekerja-majika

Kelebihan Dan Cara Mewujudkan Tabung Pencen Melalui Akaun 1


Seperti semua sedia maklum, bagi pencarum KW$P tidak boleh mengeluarkan atau menggunakan Akaun 1 sehingga mencapai umur 55 Tahun. 

Tetapi anda boleh menggunakan 30% daripada baki minima Akaun 1 untuk dialihkan ke Simpanan Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust).

Apa Kelebihan yang anda dapat sekiranya mengalihkan 30% tersebut ke dalam Unit Amanah???

1. Anda boleh membina dan mewujudkan Tabung Pencen yang boleh digunakan pada usia 55 Tahun nanti. Ini bermakna anda boleh mengeluarkan duit pencen daripada syarikat unit amanah pada setiap bulan. Jumlah pencen anda bergantung kepada jumlah pelaburan yang anda buat dan berapa lama tempoh pelaburan tersebut.

2. Merupakan satu simpanan pelaburan yang patuh Syariah.

3. Boleh membuat penama bagi pelaburan yang anda lakukan.

4. Tidak perlu mengeluarkan modal (cash) untuk memulakan simpanan pelaburan.

5. Dapat menggandakan simpanan anda bagi pelaburan jangka masa panjang.

6. Untuk pengetahuan anda, Pihak KW$P hanya membenarkan pencarum mengalihkan 30% ke Unit Amanah sahaja kerana syarikat unit amanah ini berdaftar dibawah Bank Negara dan diberi Lesen yang sah. Jadi pelaburan anda selamat dan semuanya ada bukti dan anda akan menerima penyata setiap tahun.


Cara untuk semak kelayakan membuat simpanan di dalam Unit Amanah seperti berikut;

Jika anda berusia 30 tahun dan baki Akaun 1 anda sebanyak RM35,000, lihat jadual dibawah bagi umur 30 tahun baki minima yang perlu ada di dalam Akaun 1 ialah sebanyak RM29,000.

Jadi, RM41,000-RM35,000 = RM6,000 jumlah yang anda layak alihkan ke Unit Amanah.

Tetapi untuk sekali pelaburan hanya 30% daripada jumlah kelayakan sahaja yang boleh dialihkan.

30% x RM6,000 = RM 1,800

Anda boleh memulakan simpanan pelaburan anda sebayak RM 1,800 dan boleh menambah pelaburan anda setiap 3 bulan.

Usah jadikan Akaun 1 anda sebagai tabungan tunggal, gunakan peluang yang anda untuk anda mendapat kelebihan di dalam Unit Amanah.

Yusuf Thajoodin
0139661503
Perunding Unit Amanah / Unit Trust Consultant


JADUAL BAKI MINIMA AKAUN 1 KW$P

Umur 18 = Rm 2,000   Umur 37 = Rm 68,000
Umur 19 = Rm 4,000   Umur 38 = Rm 74,000
Umur 20 = Rm 6,000   Umur 39 = Rm 80,000
Umur 21= Rm 8,000    Umur 40 = Rm 86,000
Umur 22 = Rm 10,000 Umur 41 = Rm 93,000
Umur 23 = Rm 13,000 Umur 42 = Rm101,000
Umur 24 = Rm 15,000 Umur 43 = Rm108,000
Umur 25 = Rm 18,000 Umur 44 = Rm116,000
Umur 26 = Rm 21,000 Umur 45 = Rm125,000
Umur 27 = Rm 24,000 Umur 46 = Rm134,000
Umur 28 = Rm 27,000 Umur 47 = Rm144,000
Umur 29 = Rm 31,000 Umur 48 = Rm154,000
Umur 30 = Rm 35,000 Umur 49 = Rm164,000
Umur 31 = Rm 39,000 Umur 50 = Rm175,000
Umur 32 = Rm 43,000 Umur 51 = Rm187,000
Umur 33 = Rm 47,000 Umur 52 = Rm199,000
Umur 34 = Rm 52,000 Umur 53 = Rm212,000
Umur 35 = Rm 57,000 Umur 54 = Rm226,000
Umur 36 = Rm 60,000 Umur 55 = Rm240,000

Saturday, 19 January 2019

Betulkah dalam Unit Trust ini boleh buat simpanan serendah RM100 sebulan?


Betulkah dalam Unit Trust ini boleh buat simpanan serendah RM100 sebulan?. Iya memang boleh dan ia boleh dibuat terus dari akaun bank anda secara Auto Debit. Mudahkan👍👍

Tapi sebelum itu anda perlu buka akaun dulu di dalam Unit Trust. Selepas sudah ada akaun baru boleh teruskan simpanan bulanan tersebut.

Untuk buka akaun di dalm Unit Trust ni perlu buat simpanan awal sebanyak RM1,000. Sy faham jumlahnya agak besar dan ada antara tuan-puan belum cukup berkemampuan untuk membuat simpanan buka akaun tersebut.

Ini disebabkan kita mempunyai komitmen yang berbeza. Disebabkan itu saya selalu mendoakan agar bakal pelabur(client) sy dipermudahkan urusan untuk mengumpul dana bagi membuka akaun di Unit Trust.

Tapi jika hari ini saya beritahu tuan/puan jika buka akaun sebelum 31/1/2019 ini dengan berjumlah RM5,000 dan pada 31/3/2019 nnt pihak syarikat akan top up lg RM5,000 tuan/puan berminat tidak??.Dalam masa 3 bulan sahaja tuan/puan sudah untung RM5,000. Wowww

Saya yakin pasti ramai antara kita yang akan usahakan untuk mencari rm5,000 tersebut. Tunggu 3 bulan boleh dpt untung sekali ganda.

Tapi maaf skim itu sebenarnya  tidak wujud langsung. Sebab didalam Unit Trust tidak pernah dijanjikan untuk mendapat keuntungan dalam jangka masa pendek. Simpanan pelaburan Unit Trust berkonsepkan jangka masa panjang (Compounded Interest).

Apa itu konsep Compounded Interest?

Jika hari ini anda berusia 30 tahun dan anda ingin membuat simpanan RM100 sehingga umur 60 tahun. Berapakah pulangan yang akan anda perolehi?.

RM100 x 30 tahun (360 bulan) = RM36,000

andaikan kadar dividen sebanyak 8%

pada umur 60 tahun nanti didalam akaun anda mempunyai +- RM160,925

keuntungan RM160,925 - RM36,000 = RM124,925

Dalam Unit Trust jika simpanan anda berusia 20 tahun ke atas anda boleh mencapai sehingga kadar 11% dengan kaedah yang saya akan ajarkan nanti.
Berminat boleh hubungi saya

Yusuf Thajoodin
Unit Trust Consultant
0139661503