KEGUNAAN AKAUN 1 KW$P YANG SEBENAR!!!
Tadi saya ada baca satu artikel mengenai pihak KW$P akan selaraskan jumlah caruman untuk gaji minima sebanyak RM264. Iaitu sebayak RM121(11%) dari syer pekerja dan RM153(13%) dari syer majikan. Untuk Pembahagian kepada Akaun 1 dan Akaun 2, daripada jumlah caruman RM264 tersebut 70% akan dimasukkan di dalam Akaun 1 (RM184.80) dan Akaun 2 (RM79.20).
Seperti yg sedia maklum Akaun 1 tidak boleh dikeluarkan sehingga pencarum mencapai umur 55 tahun ini kerana Akaun 1 ini dikhaskan sebagai Akaun Pencen kepada pencarum selepas usia 55 tahun nanti. Akaun 2 pula dibenarkan dibuat pengeluaran seperti membayar PTPTN,deposit pembelian rumah,pembayaran yuran pengajian dan lain-lain mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Hari ini saya nak kongsikan beberapa kiraan kepada pencarum KW$P bagaimana boleh mewujudkan duit pencen dari Akaun 1. Ini cuma kiraan yang saya buat secara ringkas. Boleh rujuk kepada Draf yang tuliskan dalam lampiran yang saya sertakan.
saya andaikan seseorang bernama YUSUF THAJOODIN mula bekerja pada usia 25 tahun dengan menerima kadar gaji minima sebanyak RM1,100. YUSUF THAJOODIN bekerja di salah satu syarikat di Seremban sehingga beliau berusia 55 tahun. Jadi perkhidmatan beliau di syarikat tersebut selama 30 tahun.
saya andaikan juga, pada usia beliau 35 tahun gaji telah dinaikkan kepada RM2,000. Disini mengikut kiraan sebanyak RM336 dicarumkan kedalam Akaun 1. Peningkatan gaji tersebut berlaku sehingga umur beliau 50 tahun dengan memperolehi sebanyak RM3,500 sebulan. sila rujuk lampiran yang saya sediakan.
Dengan menggunakan kiraan secara Componded Interest pada kadar 6% dividen, semasa penghujung tahun umur YUSUF THAJOODIN 55 tahun di dalam Akaun 1 beliau memiliki sebanyak RM299,123. YUSUF THAJOODIN membuat keputusan untuk berhenti bekerja dan menggunakan duit daripada Akaun 1 beliau untuk meneruskan kehidupan.
Dengan jumlah tersebut beliau boleh memperolehi sebanyak RM1495.62 sebulan sebagai duit PENCEN(dividen) beliau dengan syarat beliau tidak mengeluarkan wang berjumlah RM299,123 didalam Akaun 1 tersebut.
Inilah sebenarnya kegunaan duit didalam Akaun 1, tetapi kebanyakkan pencarum-pencarum akan mengeluarkan kesemua wang tersebut untuk dibelanjakan. Pernah terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa purata duit KW$P pencarum yang mengeluarkan kesemua wang tersebut hanya mampu bertahan 3 hingga 5 tahun. Pernahkah kita terfikir bagaimana untuk mendapat pendapatan selepas 5 tahun tersebut?.
Saya mencadangkan 2 kaedah yang boleh dibuat oleh setiap pencarum KW$P iaitu dengan mengalihkan sebanyak 30% daripada jumlah KELAYAKAN BAKI MINIMA ke Simpanan Pelaburan Unit Amanah ataupun membuat simpanan serendah RM100 sebulan.
kelebihan kaedah ini, anda boleh mewujudkan Tabung Pencen dan tidak perlu risau lagi sekiranya anda mengeluarkan kesemua jumlah wang didalam KW$P. Insyallah saya akan kongsikan selepas ini bagaimana untuk membina Akaun Pencen di Unit Amanah.
Jika tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan ataupun ingin membuat semakan KELAYAKAN BAKI MINIMA, tuan/puan boleh hubungi saya.
YUSUF THAJOODIN
0139661503
Unit Trust Consultant
Artikel rujukan :
ttps://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/12/505938/kwsp-selaras-caruman-minimum-pekerja-majika
No comments:
Post a Comment