Seperti semua sedia maklum, bagi pencarum KW$P tidak boleh mengeluarkan atau menggunakan Akaun 1 sehingga mencapai umur 55 Tahun.
Tetapi anda boleh menggunakan 30% daripada baki minima Akaun 1 untuk dialihkan ke Simpanan Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust).
Apa Kelebihan yang anda dapat sekiranya mengalihkan 30% tersebut ke dalam Unit Amanah???
1. Anda boleh membina dan mewujudkan Tabung Pencen yang boleh digunakan pada usia 55 Tahun nanti. Ini bermakna anda boleh mengeluarkan duit pencen daripada syarikat unit amanah pada setiap bulan. Jumlah pencen anda bergantung kepada jumlah pelaburan yang anda buat dan berapa lama tempoh pelaburan tersebut.
2. Merupakan satu simpanan pelaburan yang patuh Syariah.
3. Boleh membuat penama bagi pelaburan yang anda lakukan.
4. Tidak perlu mengeluarkan modal (cash) untuk memulakan simpanan pelaburan.
5. Dapat menggandakan simpanan anda bagi pelaburan jangka masa panjang.
6. Untuk pengetahuan anda, Pihak KW$P hanya membenarkan pencarum mengalihkan 30% ke Unit Amanah sahaja kerana syarikat unit amanah ini berdaftar dibawah Bank Negara dan diberi Lesen yang sah. Jadi pelaburan anda selamat dan semuanya ada bukti dan anda akan menerima penyata setiap tahun.
Cara untuk semak kelayakan membuat simpanan di dalam Unit Amanah seperti berikut;
Jika anda berusia 30 tahun dan baki Akaun 1 anda sebanyak RM35,000, lihat jadual dibawah bagi umur 30 tahun baki minima yang perlu ada di dalam Akaun 1 ialah sebanyak RM29,000.
Jadi, RM41,000-RM35,000 = RM6,000 jumlah yang anda layak alihkan ke Unit Amanah.
Tetapi untuk sekali pelaburan hanya 30% daripada jumlah kelayakan sahaja yang boleh dialihkan.
30% x RM6,000 = RM 1,800
Anda boleh memulakan simpanan pelaburan anda sebayak RM 1,800 dan boleh menambah pelaburan anda setiap 3 bulan.
Usah jadikan Akaun 1 anda sebagai tabungan tunggal, gunakan peluang yang anda untuk anda mendapat kelebihan di dalam Unit Amanah.
Yusuf Thajoodin
0139661503
Perunding Unit Amanah / Unit Trust Consultant
0139661503
Perunding Unit Amanah / Unit Trust Consultant
JADUAL BAKI MINIMA AKAUN 1 KW$P
Umur 19 = Rm 4,000 Umur 38 = Rm 74,000
Umur 20 = Rm 6,000 Umur 39 = Rm 80,000
Umur 21= Rm 8,000 Umur 40 = Rm 86,000
Umur 22 = Rm 10,000 Umur 41 = Rm 93,000
Umur 23 = Rm 13,000 Umur 42 = Rm101,000
Umur 24 = Rm 15,000 Umur 43 = Rm108,000
Umur 25 = Rm 18,000 Umur 44 = Rm116,000
Umur 26 = Rm 21,000 Umur 45 = Rm125,000
Umur 27 = Rm 24,000 Umur 46 = Rm134,000
Umur 28 = Rm 27,000 Umur 47 = Rm144,000
Umur 29 = Rm 31,000 Umur 48 = Rm154,000
Umur 30 = Rm 35,000 Umur 49 = Rm164,000
Umur 31 = Rm 39,000 Umur 50 = Rm175,000
Umur 32 = Rm 43,000 Umur 51 = Rm187,000
Umur 33 = Rm 47,000 Umur 52 = Rm199,000
Umur 34 = Rm 52,000 Umur 53 = Rm212,000
Umur 35 = Rm 57,000 Umur 54 = Rm226,000
Umur 36 = Rm 60,000 Umur 55 = Rm240,000

No comments:
Post a Comment