KEGUNAAN AKAUN 1 KW$P YANG SEBENAR!!!
Tadi saya ada baca satu artikel mengenai pihak KW$P akan selaraskan jumlah caruman untuk gaji minima sebanyak RM264. Iaitu sebayak RM121(11%) dari syer pekerja dan RM153(13%) dari syer majikan. Untuk Pembahagian kepada Akaun 1 dan Akaun 2, daripada jumlah caruman RM264 tersebut 70% akan dimasukkan di dalam Akaun 1 (RM184.80) dan Akaun 2 (RM79.20).
Seperti yg sedia maklum Akaun 1 tidak boleh dikeluarkan sehingga pencarum mencapai umur 55 tahun ini kerana Akaun 1 ini dikhaskan sebagai Akaun Pencen kepada pencarum selepas usia 55 tahun nanti. Akaun 2 pula dibenarkan dibuat pengeluaran seperti membayar PTPTN,deposit pembelian rumah,pembayaran yuran pengajian dan lain-lain mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Hari ini saya nak kongsikan beberapa kiraan kepada pencarum KW$P bagaimana boleh mewujudkan duit pencen dari Akaun 1. Ini cuma kiraan yang saya buat secara ringkas. Boleh rujuk kepada Draf yang tuliskan dalam lampiran yang saya sertakan.
saya andaikan seseorang bernama YUSUF THAJOODIN mula bekerja pada usia 25 tahun dengan menerima kadar gaji minima sebanyak RM1,100. YUSUF THAJOODIN bekerja di salah satu syarikat di Seremban sehingga beliau berusia 55 tahun. Jadi perkhidmatan beliau di syarikat tersebut selama 30 tahun.
saya andaikan juga, pada usia beliau 35 tahun gaji telah dinaikkan kepada RM2,000. Disini mengikut kiraan sebanyak RM336 dicarumkan kedalam Akaun 1. Peningkatan gaji tersebut berlaku sehingga umur beliau 50 tahun dengan memperolehi sebanyak RM3,500 sebulan. sila rujuk lampiran yang saya sediakan.
Dengan menggunakan kiraan secara Componded Interest pada kadar 6% dividen, semasa penghujung tahun umur YUSUF THAJOODIN 55 tahun di dalam Akaun 1 beliau memiliki sebanyak RM299,123. YUSUF THAJOODIN membuat keputusan untuk berhenti bekerja dan menggunakan duit daripada Akaun 1 beliau untuk meneruskan kehidupan.
Dengan jumlah tersebut beliau boleh memperolehi sebanyak RM1495.62 sebulan sebagai duit PENCEN(dividen) beliau dengan syarat beliau tidak mengeluarkan wang berjumlah RM299,123 didalam Akaun 1 tersebut.
Inilah sebenarnya kegunaan duit didalam Akaun 1, tetapi kebanyakkan pencarum-pencarum akan mengeluarkan kesemua wang tersebut untuk dibelanjakan. Pernah terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa purata duit KW$P pencarum yang mengeluarkan kesemua wang tersebut hanya mampu bertahan 3 hingga 5 tahun. Pernahkah kita terfikir bagaimana untuk mendapat pendapatan selepas 5 tahun tersebut?.
Saya mencadangkan 2 kaedah yang boleh dibuat oleh setiap pencarum KW$P iaitu dengan mengalihkan sebanyak 30% daripada jumlah KELAYAKAN BAKI MINIMA ke Simpanan Pelaburan Unit Amanah ataupun membuat simpanan serendah RM100 sebulan.
kelebihan kaedah ini, anda boleh mewujudkan Tabung Pencen dan tidak perlu risau lagi sekiranya anda mengeluarkan kesemua jumlah wang didalam KW$P. Insyallah saya akan kongsikan selepas ini bagaimana untuk membina Akaun Pencen di Unit Amanah.
Jika tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan ataupun ingin membuat semakan KELAYAKAN BAKI MINIMA, tuan/puan boleh hubungi saya.
YUSUF THAJOODIN
0139661503
Unit Trust Consultant
Artikel rujukan :
ttps://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/12/505938/kwsp-selaras-caruman-minimum-pekerja-majika
Sunday, 20 January 2019
Kelebihan Dan Cara Mewujudkan Tabung Pencen Melalui Akaun 1
Seperti semua sedia maklum, bagi pencarum KW$P tidak boleh mengeluarkan atau menggunakan Akaun 1 sehingga mencapai umur 55 Tahun.
Tetapi anda boleh menggunakan 30% daripada baki minima Akaun 1 untuk dialihkan ke Simpanan Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust).
Apa Kelebihan yang anda dapat sekiranya mengalihkan 30% tersebut ke dalam Unit Amanah???
1. Anda boleh membina dan mewujudkan Tabung Pencen yang boleh digunakan pada usia 55 Tahun nanti. Ini bermakna anda boleh mengeluarkan duit pencen daripada syarikat unit amanah pada setiap bulan. Jumlah pencen anda bergantung kepada jumlah pelaburan yang anda buat dan berapa lama tempoh pelaburan tersebut.
2. Merupakan satu simpanan pelaburan yang patuh Syariah.
3. Boleh membuat penama bagi pelaburan yang anda lakukan.
4. Tidak perlu mengeluarkan modal (cash) untuk memulakan simpanan pelaburan.
5. Dapat menggandakan simpanan anda bagi pelaburan jangka masa panjang.
6. Untuk pengetahuan anda, Pihak KW$P hanya membenarkan pencarum mengalihkan 30% ke Unit Amanah sahaja kerana syarikat unit amanah ini berdaftar dibawah Bank Negara dan diberi Lesen yang sah. Jadi pelaburan anda selamat dan semuanya ada bukti dan anda akan menerima penyata setiap tahun.
Cara untuk semak kelayakan membuat simpanan di dalam Unit Amanah seperti berikut;
Jika anda berusia 30 tahun dan baki Akaun 1 anda sebanyak RM35,000, lihat jadual dibawah bagi umur 30 tahun baki minima yang perlu ada di dalam Akaun 1 ialah sebanyak RM29,000.
Jadi, RM41,000-RM35,000 = RM6,000 jumlah yang anda layak alihkan ke Unit Amanah.
Tetapi untuk sekali pelaburan hanya 30% daripada jumlah kelayakan sahaja yang boleh dialihkan.
30% x RM6,000 = RM 1,800
Anda boleh memulakan simpanan pelaburan anda sebayak RM 1,800 dan boleh menambah pelaburan anda setiap 3 bulan.
Usah jadikan Akaun 1 anda sebagai tabungan tunggal, gunakan peluang yang anda untuk anda mendapat kelebihan di dalam Unit Amanah.
Yusuf Thajoodin
0139661503
Perunding Unit Amanah / Unit Trust Consultant
0139661503
Perunding Unit Amanah / Unit Trust Consultant
JADUAL BAKI MINIMA AKAUN 1 KW$P
Umur 19 = Rm 4,000 Umur 38 = Rm 74,000
Umur 20 = Rm 6,000 Umur 39 = Rm 80,000
Umur 21= Rm 8,000 Umur 40 = Rm 86,000
Umur 22 = Rm 10,000 Umur 41 = Rm 93,000
Umur 23 = Rm 13,000 Umur 42 = Rm101,000
Umur 24 = Rm 15,000 Umur 43 = Rm108,000
Umur 25 = Rm 18,000 Umur 44 = Rm116,000
Umur 26 = Rm 21,000 Umur 45 = Rm125,000
Umur 27 = Rm 24,000 Umur 46 = Rm134,000
Umur 28 = Rm 27,000 Umur 47 = Rm144,000
Umur 29 = Rm 31,000 Umur 48 = Rm154,000
Umur 30 = Rm 35,000 Umur 49 = Rm164,000
Umur 31 = Rm 39,000 Umur 50 = Rm175,000
Umur 32 = Rm 43,000 Umur 51 = Rm187,000
Umur 33 = Rm 47,000 Umur 52 = Rm199,000
Umur 34 = Rm 52,000 Umur 53 = Rm212,000
Umur 35 = Rm 57,000 Umur 54 = Rm226,000
Umur 36 = Rm 60,000 Umur 55 = Rm240,000
Saturday, 19 January 2019
Betulkah dalam Unit Trust ini boleh buat simpanan serendah RM100 sebulan?
Betulkah dalam Unit Trust ini boleh buat simpanan serendah RM100 sebulan?. Iya memang boleh dan ia boleh dibuat terus dari akaun bank anda secara Auto Debit. Mudahkan👍👍
Tapi sebelum itu anda perlu buka akaun dulu di dalam Unit Trust. Selepas sudah ada akaun baru boleh teruskan simpanan bulanan tersebut.
Untuk buka akaun di dalm Unit Trust ni perlu buat simpanan awal sebanyak RM1,000. Sy faham jumlahnya agak besar dan ada antara tuan-puan belum cukup berkemampuan untuk membuat simpanan buka akaun tersebut.
Ini disebabkan kita mempunyai komitmen yang berbeza. Disebabkan itu saya selalu mendoakan agar bakal pelabur(client) sy dipermudahkan urusan untuk mengumpul dana bagi membuka akaun di Unit Trust.
Tapi jika hari ini saya beritahu tuan/puan jika buka akaun sebelum 31/1/2019 ini dengan berjumlah RM5,000 dan pada 31/3/2019 nnt pihak syarikat akan top up lg RM5,000 tuan/puan berminat tidak??.Dalam masa 3 bulan sahaja tuan/puan sudah untung RM5,000. Wowww
Saya yakin pasti ramai antara kita yang akan usahakan untuk mencari rm5,000 tersebut. Tunggu 3 bulan boleh dpt untung sekali ganda.
Tapi maaf skim itu sebenarnya tidak wujud langsung. Sebab didalam Unit Trust tidak pernah dijanjikan untuk mendapat keuntungan dalam jangka masa pendek. Simpanan pelaburan Unit Trust berkonsepkan jangka masa panjang (Compounded Interest).
Apa itu konsep Compounded Interest?
Jika hari ini anda berusia 30 tahun dan anda ingin membuat simpanan RM100 sehingga umur 60 tahun. Berapakah pulangan yang akan anda perolehi?.
RM100 x 30 tahun (360 bulan) = RM36,000
andaikan kadar dividen sebanyak 8%
pada umur 60 tahun nanti didalam akaun anda mempunyai +- RM160,925
keuntungan RM160,925 - RM36,000 = RM124,925
Dalam Unit Trust jika simpanan anda berusia 20 tahun ke atas anda boleh mencapai sehingga kadar 11% dengan kaedah yang saya akan ajarkan nanti.
Berminat boleh hubungi saya
Yusuf Thajoodin
Unit Trust Consultant
0139661503
Unit Trust Consultant
0139661503
Subscribe to:
Posts (Atom)